Monday, 2 July 2012

Amarah telah menang!

Aku telah terlepas dan tersasar dari garisan yang aku sendiri reka.

Kemarahan telah menguasai aku.

Amarah telah menang!

Dan aku menjadi hamba abdinya.

Berkata hasad dengki kepada iri hati,

"Tahniah! Kitalah armada yang menjulang kemenangan amarah!"

Berkata iri hati kepada hasad dengki,

"Tanpa kita, amarah bukan siapa siapa!"

Lalu aku terperosok di penjuru gelap.

Mengimbang masa yang telah terkebelakang.

Andai pada ketika itu aku berhenti sejenak dan berfikir,

Dari putihnya kehidupan dan dari manisnya kenangan.

Pasti hujan api itu tak akan menyimbahi tikar hati.

Dan birunya langit tidak akan berubah menjadi warna darah.

Lalu waktu yang bergulir pun tidak akan sedingin ini...




Friday, 22 June 2012

Test Dewan Sardin

Assalamualaikum. Pagi! :)

Alhamdulillah sudah settle semua assignment dan presentation untuk semester ini. Lega. 

Tinggal nak menghadap test pulak. Esok ada dua je. Marcom n ENT. Masa? Petang n malam. Aku pun tatahu bila aku nak study nya. Hahaha. -..-''

Tadi test Channel. 

Korang tahu apa yang jadi? Pernah tengok bagaimana rupa sardin disumbat ke dalam tinnya? Bagus. Jadi anda boleh bayangkan bagaimana keadaan dewan itu. 

ini bukan gambar sebenar

Bukan dewan pun lah! Bilik kuliah je. -..-''

 Aku tak tahu lah kapasiti dia, tapi bilik tu tak adalah besar mana pun. Selalu kalau masuk 2 kelas pun dah tinggal sikit seat yang kosong. Ni tadi lecturer letak EMPAT kelas dalam tu!

Hey tak paham!

Kitorang duduk bersempit sempit tadi. 2 meja kongsi 3 orang. Naseb baik tak kongsi kerusi. 

Aku rasa kalau ada yang bawak toyol memang sape pun tak sedar. Huhuhu.

Bagaimana pun test berjaya di jalankan dengan jayanya lepas lecturer ugut siapa yang meniru akan blank masa final blablabla. Hahaha.

Tu benda biasa kat sini. Kadang kadang lecturer sampai suruh student angkat ikrar tanak meniru, kalau tiru saya akan jadi sekian sekian sekian. Hahaha.

Tapi sumpah lecturer ni jangan dibawak main main. Karang tak berkat ilmu yang dia ajar baru padan muka. Samalah macam cikgu masa kita sekolah dulu dulu. :)

Kalau sapa yang prepare untuk test memang akan rasa bengang gila lah sebab duduk dekat dekat, member sebelah senang je nak menjeling jeling meniru jawapan. Hahaha.

Tapi pada sesiapa yang memang haram tak prepare tu, mungkin buat sujud syukur kot. Boleh la meniru kan. Bawak toyol ke, tiru jawapan member sebelah ke.. Hehehe.

Aku? Hehehe.

Ae aku prepare lah! Cuma soalan test tu out of silibus yang aku baca~ *dah kau baca tak abis memanglah out of silibus. -..-''

Ini sardin roll. Lapar. Sekian. -..-''

Wish me luck for the next two tests. Selamat malam! Assalamualaikum. ^^

Monday, 18 June 2012

Many VS None

Assalamualaikum. Pagi. 

Yee. Bukan aku baru bangon tido, tetapi belum lagi tido. Huhuhu. 

Sebenarnya aku banyak kerja ni. Tapi entah kenapa berat pulak tangan, hati, mata nak buat semua tu. Aeh mata tak berat. Ni berjaga lagi ni. Hehehe

Dari pukul 8 lebih tadi aku nak lipat baju. Aku dah dok elok letak sebelah aku ni hah. Sampai sekarang pukul 2.41 pagi dah, macam tu jugak keadaannya. -..-''

Nak study la esok ada ME game yang membunuh itu, dan ada MR test 2. Harapannn~ Begini juga aku. Buku masih di rak tidak terusik. 

Tengah tengah bersantai lapar pula. Niat di hati hendak masak megi. Aeh kejap lagilah. Boleh tahan lagi ni. Sampai saat ini aku dah nak pengsan dah~ Masaknye tak jugak. *pengsan.tapi boleh online.^^

Tetiba teringat pulak aku nak kena hantar Marcom report selasa ni. Part aku tak siap lagi. Hadoilahaii~ Tapi macam tu la jugak. Words terbukak. Tapi minimize. Yang terpampang? FB.

Kenapa sebenarnya benda ni terjadi? Apakah faktor2 utamanya?

Jawapannya tak ada determination. Kalau dah tahu ada benda nak buat, pergi lah buat kan? Kau ingat ada orang lain nak tolong buatkan kerja kau tu? Mimpi pun tak tau!

Apanya yang aku buat dari tadi ni sebenarnya?

Tak ada apa pun. Serious! 

Aku bukak fb pun sekejap sekejap. Tengok tengok gambar orang upload. Like status orang. Lepas tu biarkan je. Main game pulak la kejap. Kejap je pun. Lepas tu on call. Hah. Tu je. Apa lagi yang aku buat setakat berbaring baring je. 

Adoo tak paham la!

Kadang kadang kecewa dengan diri sendiri. :(

Da tak cukup masa. Tensyen! Nak tido la macam ni! 


*Tensyen = tido. Boleh selesai masalah ke kalau macam tu?

Saturday, 16 June 2012

Nervous? Anxiety Disorder? -..-"

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Jam menunjukkan angka 03:04 AM dan aku masih di sini menahan mata tanpa berbuat apa apa sekadar untuk mengonlinekan diri.

Sedang aku sibuk sibuk menyibukkan diri mengoogle itu dan ini, tiba tiba aku teringat kejadian yang kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini.

Di mana setiap kali apabila presentation bakal berlansung, aku akan terasa loya dan mual seperti orang mengandung lagaknya.

Maka aku bertanya kepada rakan rakan adakah mereka mengalami simptom simptom yang sama seperti aku juga.

Maka berkata para sahabat sekalian : "Tidak. Aku cuma rasa hendak membuang sahaja" 

Ciss! Spoil! -..-'

Hahaha! Aku tak tahulah aku ni kategori pelik ke unik ke one in a million ke kann. Tapi seriously, setiap kali aku rasa nervous, tak kiralah masa presentation di hadapan kelas atau semasa mempengerusikan majlis, aku mesti rasa loya macam nak muntah.

Padahal, berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas rakan rakan sekelas sebagai sampling population, rata rata mereka tidak memiliki perasaan yang sama seperti aku. Jadi, adakah aku pelik? Atau istimewa mungkin? ;)

Setakat yang aku tahu, ini adalah kesan kesan nervous yang melampau. Bila nervous je rasa loya. Bila nervous je rasa nak muntah. Tapi Alhamdulilla setakat ni tak pernah pulak aku termuntah betul betul bila nervous. Hehehe. 

Jadi sebagai kaki Google yang tegar, aku telah menggagahkan tangan, mata dan otak mencari sedikit sebanyak maklumat tentang perkara kurang normal ini. 

Berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai, maka aku mengklasifikasikan perkara ini sebagai  "Anxiety Disorder"  :) *Yakin je..

TAPI

"Anxiety Disorder" ni ialah ketakutan dan kebimbangan melampau, kadang kadang pada perkara yang tak sepatutnya pun. Well, aku mengaku memanglah aku ada banyak ketakutan dalam hidup, tapi tak la seteruk itu kott? -..-''

Orang yang ada "Anxiety Disorder" ni dia selalunya seorang yang cepat tersinggung, mudah marah dam senang mengalami depression/kemurungan. Aku macam tu jugak kan? Erkk? 

Pesakit akan merasa sesak nafas, rasa macam nak pitam/pengsan dan berpeluh peluh serta rasa nak muntah. Haa. Aku rasa nak muntah je. Gejala gejala yang lain tak adaaa ~.~

Tapi part yang paling menakutkan kalau perkara yang aku alami ni betul betul "Anxiety Disorder" ialah orang yang ada penyakit ni dia selalu mengalami delusi, ilusi, fantasi dan seperti dikejar sesuatu yang tak pasti! Adoii la haii. Ape pulak yang tak pasti tuu. -..-" 

Tapi aku rasa, rasa loya, nak muntah kalau nervous tu perkara biasa kot? Yalah. Lain orang lain ragam. Bila dah semua orang bila nervous je rasa macam nak membuangkan? So bosan, jadi sistem badan aku tukarlah jadi rasa loya nak muntah? Haa. Relevan? Relevan? Haruslah! ^^



p/s : Takkan lah aku ada  "Anxiety Disorder" kot? Tak seteruk tu kan? *Sedapkan hati -,-


Monday, 4 June 2012

Pelita Buluh


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Motiffffff~ Raya pun belummm~ Hehehe :P

Okeh! Cuba tengok ni kawan-kawan~



Haa. Kenal? Kenal? Inilah dia P E L I T A B U L U H ! :D  *jakunnn

Selama dah bertahun aku hidup ni, selama aku ingat, tak pernah sekali pun rumah aku berpelita buluh ini ketika raya menjelma tiba.

Selalunya pelita biasa tu jelah. Tak pun sekarang dah upgrade sikit pakai yang berbatang buluh berceracak tu.

kiri : pelita biasa . pelita upgrade : kanan

Tapi setiap tahun aku mengidam nak beraya dengan rumah aku dihiasi pelita buluh seperti yang di atas tu. Bukan atas ni, atas lagi satu gambar. Hee

Maka dengan itu tahun ni aku berazam nak buat jugak pelita buluh ni! Sungguh! *Dengan meminta bantuan Abah, abang abang dan adik lelakiku~

Setelah di google, maka inilah ringkasan karangan yang telah aku buat mengenai Cara-Cara Membuat Pelita Buluh.

Bahan-Bahan A *macam nak buat kuih pulak~


1. Buluh
2. Pahat/Drill/Pisau/Parang/Screwdriver
3. Sumbu/Kain mop lantai/Kain buruk
4. Minyak Diesel/Minyak Tanah
5. Pemegang sumbu/Tin aluminium

Cara-Cara Membuatnya *bahan-bahan B tak ada. Hehehe


1. Potong Buluh ikut suka panjangnya. Dalam 6 7 ruas da cukup comel. 
2. Bersihkan buluh. Buang semua miang. Karang ada pulak yang menggatal. :P
3. Tebuk lubang di tengah tengah setiap ruas buluh. Guna apa apa sahaja alat yang boleh menyenangkan kerja anda. Eg: Pahat/Drill/Pisau/Parang/Screwdriver. Hati-hati jangan sampai buluh pecah dan lubang jangan besar sangat. Cukup comel muat muat untuk sumbat pemegang sumbu.
4. Celupkan dulu sumbu ke dalam minyak diesel/minyak tanah supaya senang nanti nak bakar. Atau boleh juga gunakan kain mop lantai atau kain buruk. Biar panjang sedikit, nanti lamalah pelita bertahan.
5. Tuang minyak diesel/minyak tanah ke dalam setiap ruas buluh ikut lubang yang dah ditebuk tadi. 
6. Masukkan sumbu ke dalam pemegang sumbu ATAU gantikan pemegang sumbu dengan tin aluminium. Caranya potong tin aluminium dengan saiz yang bersesuaian seperti saiz pemegang sumbu. Kemudian gulungkan tin aluminium tersebut.
7. Masukkan pemegang sumbu yang telah disumbatkan dengan sumbu ke dalam lubang buluh. Biarkan hujung bawah sumbu tenggelam dalam minyak yang telah diisikan di dalam buluh tadi. *macam berbelit pulak ayat aku.paham tak?
8. Untuk buat kaki pelita tu, sapa2 yang pandai buat gadjet masa sekolah dulu mesti dia tahu. Hehehe. Alaa lepas dah siap pelita tu mesti automatik korang akan tahu punya macam mana nak dirikan dia. :)
9. Jangan lupa basuh tangan. Takut kuman~ 
10. Nyalakan la pelita. Apa guna dah penat penat buat kan? :D

Selamat mencuba!

Ohohoi! Riang ria raya telah terasa meskipun ramadhan belum menjelma. Hehehe

::: Nanti cuti aku nak buat pelita buluh ni! Semangat semangat! Abah sila tolong. :D


Saturday, 2 June 2012

The Worst

I cried. I did.
That was the worst that ever happen to us. I thought i wouldn't have any chance to say 'Happy Anniversary' to him. Ever.
For the first time- for the first time i think its better for me to stop- to let go.
And i did.
And there was no answer for him.
And i thought this is the end.
I think about all he had done for me, i remember all the moment we spend together, the laughs, the tears. I didn't really wanna let him go in the first place. But since he keeps silent, i thought he do really wanna let me go. So i cried. Again.
And i cried in the car. Listening to radio. Reading his messages. Looking at his face on my screen. Everything was gloom and doom.
I thought the birds are crying too.

Suddenly the sun shines again :)
Nothing so clear but enough for me to know that love is still there. Love holds us together. And we know we can still fix it.
All what had happened teach us to be more understanding. There will always be a lesson behind what has been fated.
If we are meant to be together, pray for the best, let ALLAH do the rest. No one knows better than Him :)

Thank you ALLAH :)

Thank you Sayang :)

Friday, 20 April 2012

Aishiteru 2


Mungkin aku terlambat sikit. Kawan-kawan aku kata lagu ni dah lama keluar. Tapi aku baru dengar malam ni. *boleh? :p

Zivilia Band - Aishiteru 2

Aku memang suka sangattt lagu Aishiteru yang first tu. Tak tahulah kenapa. Jatuh cinta aku dibuatnya. Hahaha! Sumpah gedikss! Yiekkss. 

Sedang aku kebosanan menghadap buku Marcom sambil dok usha usha lagu kat YouTube, tiba-tiba aku rasa sentap, kagum dan terpegun. Telah menjadi objek pegun aku seketika saat terpandang tajuk lagu ni - Zivilia - Aishiteru 2. 

Mula-mula aku tak ambil pusing pun. Aku fikir macam 'alaa. ni mesti propa. tah sape sape nak dok menumpang popularity lagu Aishiteru yang aku minat tuh' 

Curiosity kills the cat. *Cewahh! :p

Maka dengan itu aku pun klik la nak tengok apakah sebenarnya yang berlaku tuh. Jeng jeng jeng. 

Selama 6 jam yang lepas, aku rasa dah 60 kali aku dengar lagu ni je. =.=''

J A T U H C I N T A K A L I K E D U A !

Okeh ni la lagu yang aku dok kecoh kecoh kan tu. Meh dengar! :D






Sambil-sambil tu mari kita layan lirik dia jugak. Boleh karaoke. :D


" Bila cinta tak terbalas
Janji hanya tinggal janji
Sakit hati yang ku rasa

Sekian lama ku menunggu
Saat-saat bersamamu
Dan kini aku kembali

Siksa menanggung rindu
Semua sia-sia

Aishiteru bukti cinta untukmu
Namun yang ku beri tak pernah kau hargai
Demi cinta kita ku korbankan segalanya
Semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan

Cinta memang penuh misteri
Tiada yang tahu akhirnya
Seperti yang aku rasakan

Selalu ingin di dekatmu
Dan buat engkau tersenyum
Namun tangis yang ku dapat

Siksa menanggung rindu
Semua sia-sia

Ai ai aishiteru bukti cinta untukmu
Namun yang ku beri tak pernah kau hargai lagi
Demi cinta kita ku korbankan segalanya
Semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan
Aishiteru

Jiwa ini tlah pergi bersama semua kenangan
Hampa hidup di dalam luka

Ai ai aishiteru bukti cinta untukmu
Namun yang ku beri tak pernah kau hargai lagi
Demi cinta kita ku korbankan segalanya
Semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan
Aishiteru "

Mana diorang dapat nama band Z I V I L I A tu ae? Sedap je aku dengar~ Jom google jap. 

* * * * * * * * * *
  • Nama Zivilia juga dicetuskan oleh Sang Leader yakni terdiri dari dua gabungan kata “Zif” dan “Fhilia/Philia”… masing-masing memiliki makna tersendiri dalam benak sang Leader… “Zi" singkatan dari ZUL dan IDHAM, Sedangkan “vilia” bermakna ; Cinta/Kasih Sayang.

Ayat macam pelik sikit, tapi faham kan? Copy paste dari


Dan sebenarnya aku suka tengok vokalis dia yang handsome tu. *^^* Aeh ape? Bukan aku jelah. Ramai yang suka sebenarnya. Elehhh~ :p



AEH APE AKU BUAT NI ! ESOK ADA TEST MARCOM LAHHH ! STUDY TAK HABES LAGI !
-,-" LEKA!


Wednesday, 18 April 2012

Sudah Berbaik ^^


*Kalau ada masalah bawa berbincang. 
-kalau dok tensyen sorang sorang apa pun tak boleh selesai.

*Kalau sayang kenapa lepaskan?
-selagi mampu bertahan, bertahanlah. selagi masih sayang jangan ucap selamat tinggal.

*Jangan mencari kelemahan pasangan.
-terima dia seadanya. jangan mengada ngada nak compare si dia dengan yang lain.

*Maaf merubah segalanya.
-kata maaf tu tak menjadikan seseorang tu besar atau kecil. tapi orang yang memaafkan itu sangat mulia. :)

*Manusia tak sempurna
-Semua orang buat silap. Hari ni dia, esok kita. Semalam kita, esok dia. Permainan dunia semua ni.
*Kalau sayang tunjukkan.
-setakat cakap semua orang pun boleh. I Love You. Haa senang je ni nak cakap.

*Buang yang keruh, ambil yang jernih.
-lepas ni kita minum air kosong je. lupakan teh tarik. :P

* * * * * * * * * *

so that's how we make it all over again. :')
"sayang nak ayang je"
and all my worries dissappeared. :')


aeh, sepatutnya kita sama tinggi kan? hihihi. ;)

Saturday, 14 April 2012

Please tell me this is not the end


"Apa bezanya saya ada awak dan tak ada kalau semua benda saya kena lalui tanpa awak"


* * * * * * * * * *

Sepatutnya ia tak jadi seteruk itu. Sepatutnya. Sepatutnya aku tahan sikit marah aku. Sepatutnya. Sepatutnya aku tak lancang sebegitu.

Aku tahu dia dah banyak sangat bersabar dengan karenah aku. Aku tahu. Dari hal kecil, sengaja cari pasal, perbesarkan hal remeh, semuanya memang aku yang selalu mulakan perbalahan. Memang aku yang berperangai macam budak budak. 

Entah. 

Sebenarnya aku tak berniat pun. Cuma aku bengang bila dia cakap "Jangan nak pentingkan diri sendiri". Aku kecil hati sebenarnya. Walau aku tahu memang salah aku. 

Aku tahu dia tak boleh datang sebab dia ada komitmen lain. Hujung minggu ni cuti 3 hari. Aku taknak balik sebab nanti minggu depan dah start mid sem. Nak balek lagi. Aku sebenarnya fikirkan soal duit. Kalau minggu ni aku balik, then minggu depan aku balik lagi, tambang dah berapa. Kalau boleh aku taknak mintak Abah. Abah lagi banyak tanggungan. Lagi macam macam dia nak guna dengan duit dia. Bukan untuk aku je.

Dah dekat 2 bulan aku tak balik. Aku sebenarnya dah rindu rumah sangat sangat. Tapi untuk tahan kerinduan tu lagi seminggu, aku rasa aku boleh. Tapi aku tak tahu pulak aku kena tinggal seorang diri malam malam hujung minggu ni. Bukan semua housemate aku balik kampung pun. Tapi . . . Semua yang tinggal tu, akan keluar malam. Hurmm.

Dia tahu bahaya kalau aku tinggal sorang sorang malam malam pulak tu. Kawasan rumah sewa aku ni bahaya sikit. So dia suruh aku balik. Dia kata kalau tak ada duit tambang nanti dia bagi. Balik nanti claim dengan dia. Takkanlah aku nak claim dari dia pulak. Aku bukan tanggungan dia yang sah lagi pun.

Aku berkeras taknak balik. Aku minta dia datang teman aku dekat sini. Padahal aku tahu dia ada kerja walaupun hujung minggu. Dan kalau dia datang pun dia boleh temankan sehari je. Yang lain tetap aku sorang jugak.

Mula mula aku macam main main je. Tapi aku rasa dari cara aku taip mesej yang panjang panjang dan start panggil dia 'awak' tu, mungkin dia rasa aku nak break. Memang tu pun niat aku, tapi aku tak sangka dia akan ambil serius kali ni. Dia tak pujuk aku macam selalu. Aku admit, aku memang kecil hati bila dia cakap pasal pentingkan diri tu. Mungkin sebab tulah benda ni terjadi. Aku memang berperangai macam budak budak. Ya aku admit!

Dia cakap dia sayang aku sangat sangat. Tapi . . .

Ada tapi tu yang buat aku kecewa lagi walau apa yang dia cakap tu betul. Aku tak reply. Ego. Jauh dalam hati aku tahu dia akan datang balik dekat aku macam masa first kitorang break dulu.

"Jaga diri baik baik. Orang sayang awak selama lamanya k"

Dan berakhir begitu sahaja malam ini. Dah berbelas kali aku baca mesej tu. Tiba tiba aku rasa sunyi~ Tiba tiba air mata aku meleleh. Tiba tiba aku rasa aku tak rela~ 



Tuesday, 10 April 2012

Lecturer Baru


Pertama sekali aku nak cerita pasal ada sorang lecturer baru ni. Aku pun tak tahu la dah berapa lama dia masuk mengajar, tapi kalau dah muka-muka freshie tu faham-faham sahajalah.

Hari ni dia dah buat aku dengan classmate aku panas hati gara-gara sikapnya yang hot-tempered dan tak reti nak hormat orang tu. Aku kata "hormat orang" means M A N U  S I A bukannya dalam konteks pelajar. Okeh?

*tarik nafas panjang panjang

Nak dijadikan cerita, sedang aku dok melepak-lepak menyiapkan slide presentation ENT kat rumah, tiba-tiba ada notification facebook masuk. *buat kerja sambil facebooking. biasalah.



Mentor Miss XXXXX pesan,

jumpa dia di level 11, pukul 2PM

dan bawa sekali 3 SALINAN 'validation'.



- harap maklum - 

Macam tulah message yang di post kat page kelas. Maka kami pun pergilah print kat member bilik sebelah. *pemalas nak on printer. :P Dalam bertungkus lumus menyiapkan slide presentation tu, ada pulak sleeping partner yang tidur. Yelah. Dah nama pun s l e e p i n g partner kan. Tidur la keje dia. Hehehe. Okeh tu belakang kiralah. Janji part dia siap sudah.

Maka kitorang pun bergeraklah ke kampus. Line beratur nak naik lif pun dah panjang sampai ke jalan inikan pulak nak sampai tepat pada masanya. Memang minta maaflah. Tapi kitorang tetap jugak beratur sebab nak jumpa beliau ni kat level 11. Memang TAKK la aku nak naik tangga! Mau 13 kali berhenti! :P

Dah la pukul 2.3o petang tu aku ade kelas Channel, nak kena ke level 11 pulak jumpa lecturer yang tak pernah diketahui kewujudannya dekat kampus ni. Aku gagahkan jugak diri. Ramai member yang nak jumpa lepas kelas je. Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!

Bertemankan member aku yang comel lote, kitorang sampai jugak kat level 11. Level 11 ni sebenarnya lab komputer yang telah diubahsuai jadi bilik lecturer baru yang tak ada bilik lagi. So memang berlambaklah lecturer baru kat dalam tu. Jadi aku pun call la miss tu sebab aku tak kenal dia, takkan aku nak main terjah je. Ni bukan rancangan Melodi kak!

"Hello Miss, saya kat luar ni. Miss kat mana ae? Saya tak nampaklah"

"Saya nampak awak"

Pada saat tu mata aku tertumpu pada seorang perempuan kecil molek sedang memandang sinis ke arahku. Aku rasa macam segan gila sebab korang boleh bayangkan aku yang ayu berbaju kurung berdiri terjengah-jengah kat luar pintu kaca tu macam agent nak jual barang dan dia sedang tengok aku dengan pandangan sinis. Dia membelakangkan aku masa tu. Jadi kepala dia je tertoleh sikit, jadi mata dia nampak macam menjeling. Damnnn! Dapat bayangkan tak? Dapat tak? Eshhh! Lembap la korang! :P

So dengan langkah sopan santun aku pun masuk dengan beradap menuju ke mejanya.

"Sorry Miss lambat sikit."

"Awak dua orang je? Mana yang lain? Kan saya dah pesan datang ramai-ramai. Saya tak suka layan datang runcit-runcit ni. *runcit! what the F! Ni bawak ni je? Kenapa dua je? Kan saya suruh print tiga? Mana buku K.I? Mana gambar? "

Itu dia. Kata sapa yang begitu 'mesra'. Aku tergamam saat tu jugak. Meh aku gambarkan sikit lecturer ni ae. Free hair, rambut layer paras baru, kurus, pendek, hitam manis, manis la jugak~

"Saya dah suruh datang dari pukul 12 tadi saya tunggu sekarang dah pukul 2. Ni datang runcit-runcit pulak. *runcit! what the F! Saya malas nak layan tau macam ni. Cakap dengan classmate datang jumpa saya pukul 8 malam ni"

Memanglah kitorang semua tinggal menetap dekat kampus ni nak datang malam-malam macam tak ada kerja lain nak buat. = ="

Lepas tu dengan berbahasa-basi aku pun mintak la permission untuk berjumpa hari lain dengan alasan ada hal. Sebab aku tahu classmate aku semua memang tak rajin nak datang malam-malam. Lagi-lagi untuk perkara-perkara remeh macam ni.

"So awak tak boleh datanglah malam ni?"

"A'ah.."

Tiba-tiba dia angin.

"A'ah?! I don't expect that answer come from you!"

Aku yang blur blur pun jawap la "Yess..." Aku ingatkan dia taknak la aku jawap 'a'ah' because of tak sopan ke apa ke. Aku cuak jugak. Tapi rupa-rupanya~

"Yes?! I don't expect that answer from you! You should say that 'yes Miss, i will come tonight' "

Ha'ah! Memanglah aku ni hamba kau kena ikut je tanpa membantah! Gerammnye aku!

Lepas tu dia cakap ngn member aku yang dok diam membatu dari tadi.

"You! Berdiri dekat sana! Ambilkan fail tu!"

Aeh? Kepala hott dia nak mintak tolong macam tu! Mana manners kau hah? Dah la mintak tolong dengan orang lepas tu tak reti cakap baik-baik. Belajar tinggi-tinggi tapi manners letak bawah kaki. Ae rugilah Malaysia ni ada lecturer macam kau. Perangai macam sampahh! *minta maaf. aku memang tak boleh sabar.


Dia tunduk menulis lepas tu cakap 'thank you' yang aku kira aku je boleh dengar. Korang boleh bayangkan tak? Dia boleh bagi arahan dengan suara yang lantang tapi untuk say 'thank you' tu tiba-tiba suara dia hilang. Logik?

Sambil cop dekat kitorang punya validation course paper tu mulut dia tak henti-henti membebel.

"Saya suruh buat tiga salinan korang buat dua je..." blablabla

Aku yang masa tu memang dah hilang respect pun masih cuba cakap baik-baik, tapi aku sedikit perasan bahawasanya kata-kata aku sedikit kasar pada masa tu.

"Selama ni memang kitorang print dua je pun Miss"

Dia angkat muka pandang aku. Aku buat muka tak bersalah.

"Satu pada saya, satu hantar level 15, habis pada awak tak ada copy?"

"Kitorang TAK PERNAH hantar pun copy dekat level 15"

Selamba. Sengaja aku tekankan 'tak pernah' tu.

Dia pandang muka aku macam nak makan lepas tu tunduk sambung buat kerja dia mencop-cop tu. Sambung lagi bebel.

"You tahu tak hari ni last buat benda ni. Sepatutnya you all yang cari i ni i pulak yang kena cari you all"

"Kitorang dah sign dah Miss dekat level 15 tu. Semua orang dah buat dah."

Dia angkat muka pandang aku lagi. Aku pandang muka dia.

"Habes tak hantar copy ni?"

"Tak pernah hantar pun."

Aku nampak kebengangan dalam riak wajah dia tu tapi aku buat bodoh je. Apa yang aku cakap betul la. Validation course cukup kalau student validated course dekat student portal online, lepas tu validate lagi sekali dekat HEA. Tu je. Amek tandatangan mentor-mentor ni dah berlapuk orang tak buat dah.

Kalau tak tahu cakap tak tahu. At least jangan marah-marah pun dah cukup baik. Aku faham la tugas dia sebagai lecturer dan mentor kitorang yang baru. Kena amek tahu pasal anak buah. Tapi yang aku tak suka tu pasal manners dia. Melayu kot. Adab jaga la sikit.

Muka je cantik, perangai~ Malas dah nak cakap.

Jadi sebab hati aku memang dah panas masa tu, laju je la kaki aku nak blah dari situ. Aku amek balek copy yang dia dah siap cop tu dan tanya dia 'ade ape-ape lagi Miss' if like i was a servant to her.

"Pesan dekat kawan-kawan jumpa saya malam ni bawak semua benda-benda yang saya cakap tadi"

Cara dia pandang aku macam dia tu berkuasa sangat. Menyampah! Sumpah menyampah! -,-

Dengan berat hati aku ucap jugak 'thank you Miss' walaupun dia sebenarnya tak layak dapat ucapan tu.

Keluar je aku dari situ, member aku yang deal pasal perjumpaan dengan lecturer tu pun keluar lif. Member aku yang dok sama kena marah dengan aku tadi yang tengah berbulu pun terus je cakap kat mamat tu.

"Dah tak payah masuk. Karang kau pulak kena. Garang giler!"

Lepas tu ade la sikit-sikit dia mencarut melepaskan geram. Aku pun sembur si 'dealer' tu.

"Apasal kau tak cakap dia nak buku K.I, gambar segala jadah tu?! Free free je kitorang kena marah tau."

Dengan muka berkerut seribu dia tarik handphone dari kocek seluar slack hitamnya dan tunjukkan aku mesej dari lecturer tu. Memang tak ada pun dia pesan pasal buku dengan gambar tu. Salah dia la yang tak pesan! Lepas tu nak hembus semua orang.

Aku cakap lagi pasal lecturer tu kata yang dia dah tunggu dari pukul 12.30 tu. Tarik nafas panjang member aku ni. Dia cakap memang lecturer tu nak jumpa pukul 12.30 tapi dia dah mintak pukul 2 dan lecturer tu dah setuju pun. Jadi kenapa nak jadikan tu satu isu?

Yang member aku ni degil jugak nak masuk jumpa dengan ade lagi lima enam orang. Aku biarkan je. Aku pun blah masuk kelas Channel.

Lepas kelas Channel je heboh satu kelas pasal perangai lecturer baru tadi yang tak beradap tu. Member-member aku yang masuk last tadi pun kena jugak dengan lecturer tu. Tu yang berangin satu kelas tu. Dah semua pakat-pakat nak mintak tukar mentor.

Aku rasa tak payah la. Bukan dia pun tentukan markah kitorang. Biar je dia. Tak ada apa pun yang dia boleh buat. Paling-paling pun buruk-burukkan kitorang depan lecturer lecturer lain. Aku tak tahu la kalau dia sanggup nak buat macam tu. Dah la sebangsa, seagama lagi. Dan yang paling aku tak nampak dekat sini, ni sebenarnya salah siapa kalau dia nak buruk-burukkan kitorang pulak?

Cuma aku nak tekankan kat sini, tak kiralah setinggi mana pangkat korang, sebesar mana jawatan korang pun, kalau dah macam tu lah perangainya, tak tahu hormat orang, memang jangan harap la orang lain nak hormat kau.

Aku selalu ingat yang lecturer baru ni lebih faham students, sebab dia baru je tinggalkan alam universiti. Jadi aku ingat diorang akan lebih macam kawan-kawan sebab beza umur pun tak banyak dah. Macam mana diorang tak suka lecturer threat diorang masa diorang belajar dulu, macam tu jugaklah students diorang tak nak kena threat macam tu. Tapi aku kira aku slah. Kami kira kami salah membuat andaian.

Memang tak semua lecturer baru macam tu. Pernah je aku jumpa yang okeh. Macam semester lepas, lecturer Finance kitorang siap boleh hang out dengan classmate lelaki pergi maen futsal tengah-tengah malam. Okeh je.

Diorang memang macam kawan-kawan, tapi kawan yang ada batas la. Dah nama pun lecturer dengan students, haruslah hormatnya students tu jatuh lebih sikit atas lecturer. Tapi tengok jugak lecturer yang macam mana. Kalau macam lecturer baru Miss XXXXX yang aku cerita ni korang rasa boleh ke students nak respect?



ni kalau lecturer tua lelaki tengah marah
hah! channteekkkkkkk? -,-

Renung-renungkan dan selamat beramal! ^^



Saturday, 7 April 2012

temani saya.

Petang tadi saya sedih sangat. Macam biasalah saya terasa hati dengan housemate saya. Macam selalu selalu.

Tiba-tiba saya jadi rindu rumah sangat-sangat. Saya rindu Mak. Saya rindu Abah. Saya rindu bestfriend forever saya. So saya text bestie saya yang no 1A.

"babe, aku rindu rumah sangat-sangat. aku nak balek. aku rindu kau. :'( "

Tapi rupanya saya tersend dekat boyfriend saya. Hurmm. Saya memang macam tu. Selalu tersalah send. Kadang-kadang sengaja buat-buat tersalah send. 

Lepas tu bf saya text tanya kenapa. Saya pun cakap la tak ada ape-ape. Dia cakap dia nak balik dah.
Lepas dia sampai rumah barulah kitorang mesej macam selalu selalu. Dia tak ada tanya lagi dah kenapa ke apa ke. Tapi mungkin dia perasan cara saya mesej tak macam biasa. Sepatah dia tanya sepatah saya balas. Lepas tu kalau saya dalam angin tak baik ni mulalah saya nak mempersoalkan banyak benda.

Macam-macam saya tanya dia tadi. Sebagai contoh:

"betul ke lelaki ni tak perlukan kata-kata sayang"

Haa. Da start da. Dia kata "entahlah". Selepas itu saya pun berkata:

"kalau macam tu lain kali tak cakap sayang dah la. kan lelaki ni kalau cakap sayang masuk telinga kanan keluar telinga kiri".

Saya memang suka buat provokasi macam tu. Selalunya bf saya ni jenis tak alert dan tak romantik. Dia romantik, tapi dia tak pandai nak mengekspresikan rasa sayangnya tu dengan kata-kata mahupun perbuatan. Jadi kalau sesekali dia mengekspresikannya memang saya akan tersenyum berhari-hari. :) :) :)

Jadi selepas itu si dia pun berkata:  *selepas saya menambah dengan noktah dan tanda soal, beginilah mesej dia sebenarnya. 

"kenapa pulak macam tu. sayang lebih suka ayang cakap macam tu. kalau ayang cakap macam tu mesti sayang tersenyum tau. tahu tak? sayang sukalah"

Terus diri ini tersenyum melerettttttttttt. Heee.

Malam ni dia temankan mesej sampai pukul 1.oo pagi. Selalunya sampai pukul 12.oo malam je dia dah tak larat. Yelah. Mana nak sama orang kerja dengan orang belajarkan.

Itu pun dia tunggu sampai saya siap buat semua benda dan saya dah releks releks baru dia telefon kata dia nak tidur da. Selepas mengucapkan kata-kata pengakhir bicara seperti biasa, barulah talian dimatikan.

Sesungguhnya walaupun dia tidak meluahkannya, saya faham bahawa dia risaukan saya yang sedang dalam kemurungan dan sebagai seseorang di hati saya, dia merasa bertanggungjawap untuk menemani saya sehingga saya berasa betul betul selesa dengan apa yang berlaku. Sanngup dia tidur lewat sedangkan esok dia akan bangun seawal pagi. Semakin terasa kasih sayangnya walaupun tanpa kata-kata.

Saya rasa bahagia. Terima kasih Sayang. :')
Terima kasih ALLAH. :")





Friday, 6 April 2012

Menangis dan Menangis.


ini aku masa kecik kecik. gambar dari google. :P

Aku ni memang dijadikan macam ni. Sejak dulu lagi. Sejak aku start berfikir, aku mula faham bahawasanya aku memang seorang yang sensitif. Sangat sensitif.

Kadang-kadang aku pun menyampah jugak dengan diri aku ni. Pantang ada hal-hal kecik yang merunsingkan, touching sikit-sikit, mulalah aku nak menangis. Air mata aku ni murah sangat nak mengalir. Sebab tulah ALLAH ciptakan aku sebagai seorang perempuan. :)

Aku tak boleh tensyen. Tapi aku jarang tensyen pasal study. Bukanlah aku pandai sampai tak pernah mengalami ketensyenan sewaktu mempelajari subjek-subjek yang berat macam gunung, ataupun assignment-assignment yang banyak macam molekul oksigen dalam udara kita ni. Bohonglah. Budak genius pon stress belajar jugak kan. Apatah lagi aku yang kerdil ini. :)

Tapi sudah ketentuan Ilahi. Aku paling tak boleh handle kalau tensyen yang berpunca dari hubungan sesama manusia ni. Ohh bukan bukan. Tidak seperti yang anda semua fikirkan. Hal ini tidak ada kaitan dengan boyfriend, tunang, mahupun suami. Insan yang aku maksudkan ini ialah K A W A N .

Yee. Aku sangat terganggu yee para pembaca sekalian kalau tiba-tiba member-member yang berada dekat dengan aku buat muka. Tegur sepatah tak balas. Tegur dua patah balas setengah patah. Muka ala-ala mintak penampar. Atau paling koman pun mungkin di baling dengan kasut. Member-member yang aku maksudkan ini adalah dalam konteks housemate, roommate, classmate dan yang sewaktu dengannya. *sila terasa

Tapi hari ini sebenarnya kerana aku rasa tersisih. Berbaldi-baldi aku menangis. *approximately. Bila dah mula rasa touching tu, aku pun jadi rindu giler kat rumah. Aku rindu Mak. Aku rindu Abah. Maka aku pun telah menangis lagi.

Seriously, aku tak ada seorang pun kawan rapat sepanjang aku menjalani campus life yang dah masuk 2 tahun ni. Kenapa? Entah. 1 mungkin sebab aku dah pun temui bestie aku yang sebenar. *besties sila senyum meleret. :D Ataupun mungkin kerana aku memang tak sesuai berada dalam lingkungan manusia seperti mereka ini. Seperti apa? Nantilah aku cerita.

Kalau sedih buat ape? Aku dengar zikir banyak-banyak. Solat, mengadu dengan ALLAH. Mintak supaya diberi ketenangan hati dan jiwa. Telefon Mak Abah. Mengadu dekat bestie. Tido. Dan tentu-tentunya menangis. Kerana aku seorang perempuan. :))

Tapi memang di sinilah aku belajar pelbagai ragam manusia. Dan aku bersyukur juga di atas setiap air mata yang aku tumpahkan itu, sebenarnya aku telah mempelajari sesuatu dari setiap mereka. Terima kasih ALLAH. :')




Wednesday, 4 April 2012

Indv Presentation Marcom - D.O.N.E

Berjaga lagi.
Sudah jam 5 pagi. Aku sudah keletihan yang tak terhingga. Terasa ingin sahaja aku mandi kerana badanku betul-betul sudah tidak selesa. Terasa melekit. Tengkukku sakit, Jari sudah merayu untuk berhenti menaip. Untung sahaja aku telah menyiapkan sikit CTU aku semalam. Jadi hari ini sudah kurang kerjanya. tetapi tetap juga sehingga pagi. Ahhh~ inilah hidup seorang mahasiswi. Redha sahajalah. :)

CTU sudah siap! :D
Esok boleh hantar jumpa ustazah untuk last approval sebelum presentation. Aku sangat pasti akan ada pembetulan. Ustazah akan suruh tambah seberapa banyak point yang boleh. Macam yang kawanku kena siang tadi. Entah sempat siap atau tak sebelum hari Khamis ini. Ohh. Presentation CTU itu hari Khamis ini. Dan malamnya aku ada test 1 Channel pula. Channel yang tiba-tiba saje sudah habis chapter 4 sedangkan aku tidak tahu pon bagaimana chapter 1 bermula. =.=''

Marcom telah selesai! :))
Member aku siap perli. "untunglahh tak kena tanya banyak-banyak~" HAHAHA! Sebab sebelumnya semua presenter ditembak dengan soalan bertubi-tubi dari lecturer Marcom yang baik hati dan cantik itu. *hendaklah puji sedikit kerana dia tidak berlaku zalim terhadapku. :P Semakin hebat slide, semakin hebat juga soalan-soalannya. Mujur aku buat slide simple sahaja. Sebab sebenarnya aku memang tak tahu apa requirement untuk presentation kali ini. Madam cuma kata dia hendak tahu kita punya evaluation tentang ads itu, sama ada sampai atau tidak mesejnya. Jadi memang itu sahajalah yang aku buat. :P Aku buat pasal ads dari Yasmin Ahmad untuk Petronas, entitled Tan Hong Ming in Love. Semua orang enjoy aku kira. :) Aku memang peminat karya-karya seni Yasmin Ahmad dan kebetulan pula Madam pun suka tv commercial Petronas dari Yasmin Ahmad. And i think it was an advantage for me when i said that "i don't find any weaknesses on this ads. It deliver the message perfectly" ~ :)

Tuesday, 3 April 2012

Berjaga Demi CTU


Malam ini aku berjaga lagi.


Jam di desktop sudah menunjukkan pukul 0340 pagi.


 Badan memang sudah lunyai seharian duduk menghadap laptop menyiapkan assignment CTU. 


Tajuk presentation yang tiada dalam syllabus mebuatkan aku sukar sedikit untuk menyiapkannya. 


Tambahan pula esok (maksud aku pagi ini) ada individual presentation untuk subjek Marcom. 


Nasib baik tidak sesukar mana, padaku. 


Tetapi lecturer Marcom sangat strict dan juga mungkin boleh menjadi sangat cerewet. 


Entah la. Aku harap semuanya kan berjalan dengan lancar. Doakan aku! :)

Mujur aku telah siapkan slide Marcom petang tadi siap dengan textnya sekali. Esok boleh la aku pulun membaca. Hehehe.

Sudah tidak larat meneruskan assignment CTU. Sambung nanti sahaja. Selamat malam! *Err. Pagi. :DD



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...