"Apa bezanya saya ada awak dan tak ada kalau semua benda saya kena lalui tanpa awak"
* * * * * * * * * *
Sepatutnya ia tak jadi seteruk itu. Sepatutnya. Sepatutnya aku tahan sikit marah aku. Sepatutnya. Sepatutnya aku tak lancang sebegitu.
Aku tahu dia dah banyak sangat bersabar dengan karenah aku. Aku tahu. Dari hal kecil, sengaja cari pasal, perbesarkan hal remeh, semuanya memang aku yang selalu mulakan perbalahan. Memang aku yang berperangai macam budak budak.
Entah.
Sebenarnya aku tak berniat pun. Cuma aku bengang bila dia cakap "Jangan nak pentingkan diri sendiri". Aku kecil hati sebenarnya. Walau aku tahu memang salah aku.
Aku tahu dia tak boleh datang sebab dia ada komitmen lain. Hujung minggu ni cuti 3 hari. Aku taknak balik sebab nanti minggu depan dah start mid sem. Nak balek lagi. Aku sebenarnya fikirkan soal duit. Kalau minggu ni aku balik, then minggu depan aku balik lagi, tambang dah berapa. Kalau boleh aku taknak mintak Abah. Abah lagi banyak tanggungan. Lagi macam macam dia nak guna dengan duit dia. Bukan untuk aku je.
Dah dekat 2 bulan aku tak balik. Aku sebenarnya dah rindu rumah sangat sangat. Tapi untuk tahan kerinduan tu lagi seminggu, aku rasa aku boleh. Tapi aku tak tahu pulak aku kena tinggal seorang diri malam malam hujung minggu ni. Bukan semua housemate aku balik kampung pun. Tapi . . . Semua yang tinggal tu, akan keluar malam. Hurmm.
Dia tahu bahaya kalau aku tinggal sorang sorang malam malam pulak tu. Kawasan rumah sewa aku ni bahaya sikit. So dia suruh aku balik. Dia kata kalau tak ada duit tambang nanti dia bagi. Balik nanti claim dengan dia. Takkanlah aku nak claim dari dia pulak. Aku bukan tanggungan dia yang sah lagi pun.
Aku berkeras taknak balik. Aku minta dia datang teman aku dekat sini. Padahal aku tahu dia ada kerja walaupun hujung minggu. Dan kalau dia datang pun dia boleh temankan sehari je. Yang lain tetap aku sorang jugak.
Mula mula aku macam main main je. Tapi aku rasa dari cara aku taip mesej yang panjang panjang dan start panggil dia 'awak' tu, mungkin dia rasa aku nak break. Memang tu pun niat aku, tapi aku tak sangka dia akan ambil serius kali ni. Dia tak pujuk aku macam selalu. Aku admit, aku memang kecil hati bila dia cakap pasal pentingkan diri tu. Mungkin sebab tulah benda ni terjadi. Aku memang berperangai macam budak budak. Ya aku admit!
Dia cakap dia sayang aku sangat sangat. Tapi . . .
Ada tapi tu yang buat aku kecewa lagi walau apa yang dia cakap tu betul. Aku tak reply. Ego. Jauh dalam hati aku tahu dia akan datang balik dekat aku macam masa first kitorang break dulu.
"Jaga diri baik baik. Orang sayang awak selama lamanya k"
Dia cakap dia sayang aku sangat sangat. Tapi . . .
Ada tapi tu yang buat aku kecewa lagi walau apa yang dia cakap tu betul. Aku tak reply. Ego. Jauh dalam hati aku tahu dia akan datang balik dekat aku macam masa first kitorang break dulu.
"Jaga diri baik baik. Orang sayang awak selama lamanya k"
Dan berakhir begitu sahaja malam ini. Dah berbelas kali aku baca mesej tu. Tiba tiba aku rasa sunyi~ Tiba tiba air mata aku meleleh. Tiba tiba aku rasa aku tak rela~
No comments:
Post a Comment