Wednesday 4 April 2012

Indv Presentation Marcom - D.O.N.E

Berjaga lagi.
Sudah jam 5 pagi. Aku sudah keletihan yang tak terhingga. Terasa ingin sahaja aku mandi kerana badanku betul-betul sudah tidak selesa. Terasa melekit. Tengkukku sakit, Jari sudah merayu untuk berhenti menaip. Untung sahaja aku telah menyiapkan sikit CTU aku semalam. Jadi hari ini sudah kurang kerjanya. tetapi tetap juga sehingga pagi. Ahhh~ inilah hidup seorang mahasiswi. Redha sahajalah. :)

CTU sudah siap! :D
Esok boleh hantar jumpa ustazah untuk last approval sebelum presentation. Aku sangat pasti akan ada pembetulan. Ustazah akan suruh tambah seberapa banyak point yang boleh. Macam yang kawanku kena siang tadi. Entah sempat siap atau tak sebelum hari Khamis ini. Ohh. Presentation CTU itu hari Khamis ini. Dan malamnya aku ada test 1 Channel pula. Channel yang tiba-tiba saje sudah habis chapter 4 sedangkan aku tidak tahu pon bagaimana chapter 1 bermula. =.=''

Marcom telah selesai! :))
Member aku siap perli. "untunglahh tak kena tanya banyak-banyak~" HAHAHA! Sebab sebelumnya semua presenter ditembak dengan soalan bertubi-tubi dari lecturer Marcom yang baik hati dan cantik itu. *hendaklah puji sedikit kerana dia tidak berlaku zalim terhadapku. :P Semakin hebat slide, semakin hebat juga soalan-soalannya. Mujur aku buat slide simple sahaja. Sebab sebenarnya aku memang tak tahu apa requirement untuk presentation kali ini. Madam cuma kata dia hendak tahu kita punya evaluation tentang ads itu, sama ada sampai atau tidak mesejnya. Jadi memang itu sahajalah yang aku buat. :P Aku buat pasal ads dari Yasmin Ahmad untuk Petronas, entitled Tan Hong Ming in Love. Semua orang enjoy aku kira. :) Aku memang peminat karya-karya seni Yasmin Ahmad dan kebetulan pula Madam pun suka tv commercial Petronas dari Yasmin Ahmad. And i think it was an advantage for me when i said that "i don't find any weaknesses on this ads. It deliver the message perfectly" ~ :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...