Friday, 6 April 2012

Menangis dan Menangis.


ini aku masa kecik kecik. gambar dari google. :P

Aku ni memang dijadikan macam ni. Sejak dulu lagi. Sejak aku start berfikir, aku mula faham bahawasanya aku memang seorang yang sensitif. Sangat sensitif.

Kadang-kadang aku pun menyampah jugak dengan diri aku ni. Pantang ada hal-hal kecik yang merunsingkan, touching sikit-sikit, mulalah aku nak menangis. Air mata aku ni murah sangat nak mengalir. Sebab tulah ALLAH ciptakan aku sebagai seorang perempuan. :)

Aku tak boleh tensyen. Tapi aku jarang tensyen pasal study. Bukanlah aku pandai sampai tak pernah mengalami ketensyenan sewaktu mempelajari subjek-subjek yang berat macam gunung, ataupun assignment-assignment yang banyak macam molekul oksigen dalam udara kita ni. Bohonglah. Budak genius pon stress belajar jugak kan. Apatah lagi aku yang kerdil ini. :)

Tapi sudah ketentuan Ilahi. Aku paling tak boleh handle kalau tensyen yang berpunca dari hubungan sesama manusia ni. Ohh bukan bukan. Tidak seperti yang anda semua fikirkan. Hal ini tidak ada kaitan dengan boyfriend, tunang, mahupun suami. Insan yang aku maksudkan ini ialah K A W A N .

Yee. Aku sangat terganggu yee para pembaca sekalian kalau tiba-tiba member-member yang berada dekat dengan aku buat muka. Tegur sepatah tak balas. Tegur dua patah balas setengah patah. Muka ala-ala mintak penampar. Atau paling koman pun mungkin di baling dengan kasut. Member-member yang aku maksudkan ini adalah dalam konteks housemate, roommate, classmate dan yang sewaktu dengannya. *sila terasa

Tapi hari ini sebenarnya kerana aku rasa tersisih. Berbaldi-baldi aku menangis. *approximately. Bila dah mula rasa touching tu, aku pun jadi rindu giler kat rumah. Aku rindu Mak. Aku rindu Abah. Maka aku pun telah menangis lagi.

Seriously, aku tak ada seorang pun kawan rapat sepanjang aku menjalani campus life yang dah masuk 2 tahun ni. Kenapa? Entah. 1 mungkin sebab aku dah pun temui bestie aku yang sebenar. *besties sila senyum meleret. :D Ataupun mungkin kerana aku memang tak sesuai berada dalam lingkungan manusia seperti mereka ini. Seperti apa? Nantilah aku cerita.

Kalau sedih buat ape? Aku dengar zikir banyak-banyak. Solat, mengadu dengan ALLAH. Mintak supaya diberi ketenangan hati dan jiwa. Telefon Mak Abah. Mengadu dekat bestie. Tido. Dan tentu-tentunya menangis. Kerana aku seorang perempuan. :))

Tapi memang di sinilah aku belajar pelbagai ragam manusia. Dan aku bersyukur juga di atas setiap air mata yang aku tumpahkan itu, sebenarnya aku telah mempelajari sesuatu dari setiap mereka. Terima kasih ALLAH. :')




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...