Assalamualaikum dan selamat pagi.
Jam menunjukkan angka 03:04 AM dan aku masih di sini menahan mata tanpa berbuat apa apa sekadar untuk mengonlinekan diri.
Jam menunjukkan angka 03:04 AM dan aku masih di sini menahan mata tanpa berbuat apa apa sekadar untuk mengonlinekan diri.
Sedang aku sibuk sibuk menyibukkan diri mengoogle itu dan ini, tiba tiba aku teringat kejadian yang kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini.
Di mana setiap kali apabila presentation bakal berlansung, aku akan terasa loya dan mual seperti orang mengandung lagaknya.
Maka aku bertanya kepada rakan rakan adakah mereka mengalami simptom simptom yang sama seperti aku juga.
Maka berkata para sahabat sekalian : "Tidak. Aku cuma rasa hendak membuang sahaja"
Ciss! Spoil! -..-'
Hahaha! Aku tak tahulah aku ni kategori pelik ke unik ke one in a million ke kann. Tapi seriously, setiap kali aku rasa nervous, tak kiralah masa presentation di hadapan kelas atau semasa mempengerusikan majlis, aku mesti rasa loya macam nak muntah.
Padahal, berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas rakan rakan sekelas sebagai sampling population, rata rata mereka tidak memiliki perasaan yang sama seperti aku. Jadi, adakah aku pelik? Atau istimewa mungkin? ;)
Setakat yang aku tahu, ini adalah kesan kesan nervous yang melampau. Bila nervous je rasa loya. Bila nervous je rasa nak muntah. Tapi Alhamdulilla setakat ni tak pernah pulak aku termuntah betul betul bila nervous. Hehehe.
Jadi sebagai kaki Google yang tegar, aku telah menggagahkan tangan, mata dan otak mencari sedikit sebanyak maklumat tentang perkara kurang normal ini.
Berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai, maka aku mengklasifikasikan perkara ini sebagai
"Anxiety Disorder" :) *Yakin je..
TAPI
"Anxiety Disorder" ni ialah ketakutan dan kebimbangan melampau, kadang kadang pada perkara yang tak sepatutnya pun. Well, aku mengaku memanglah aku ada banyak ketakutan dalam hidup, tapi tak la seteruk itu kott? -..-''
Orang yang ada "Anxiety Disorder" ni dia selalunya seorang yang cepat tersinggung, mudah marah dam senang mengalami depression/kemurungan. Aku macam tu jugak kan? Erkk?
Pesakit akan merasa sesak nafas, rasa macam nak pitam/pengsan dan berpeluh peluh serta rasa nak muntah. Haa. Aku rasa nak muntah je. Gejala gejala yang lain tak adaaa ~.~
Tapi part yang paling menakutkan kalau perkara yang aku alami ni betul betul "Anxiety Disorder" ialah orang yang ada penyakit ni dia selalu mengalami delusi, ilusi, fantasi dan seperti dikejar sesuatu yang tak pasti! Adoii la haii. Ape pulak yang tak pasti tuu. -..-"
Tapi aku rasa, rasa loya, nak muntah kalau nervous tu perkara biasa kot? Yalah. Lain orang lain ragam. Bila dah semua orang bila nervous je rasa macam nak membuangkan? So bosan, jadi sistem badan aku tukarlah jadi rasa loya nak muntah? Haa. Relevan? Relevan? Haruslah! ^^
p/s : Takkan lah aku ada
"Anxiety Disorder" kot? Tak seteruk tu kan? *Sedapkan hati -,-
2 comments:
Saya pun mcm tu jugakk.. Rasa pening kepala, nak muntah, lepas tu hilang selera makan
Saya sebijik....ahhaha..muntah je keje kalau nak presentation or buat persembahan..nak exam pon muntah
Post a Comment