Assalamualaikum. Pagi.
Yee. Bukan aku baru bangon tido, tetapi belum lagi tido. Huhuhu.
Sebenarnya aku banyak kerja ni. Tapi entah kenapa berat pulak tangan, hati, mata nak buat semua tu. Aeh mata tak berat. Ni berjaga lagi ni. Hehehe
Dari pukul 8 lebih tadi aku nak lipat baju. Aku dah dok elok letak sebelah aku ni hah. Sampai sekarang pukul 2.41 pagi dah, macam tu jugak keadaannya. -..-''
Nak study la esok ada ME game yang membunuh itu, dan ada MR test 2. Harapannn~ Begini juga aku. Buku masih di rak tidak terusik.
Tengah tengah bersantai lapar pula. Niat di hati hendak masak megi. Aeh kejap lagilah. Boleh tahan lagi ni. Sampai saat ini aku dah nak pengsan dah~ Masaknye tak jugak. *pengsan.tapi boleh online.^^
Tetiba teringat pulak aku nak kena hantar Marcom report selasa ni. Part aku tak siap lagi. Hadoilahaii~ Tapi macam tu la jugak. Words terbukak. Tapi minimize. Yang terpampang? FB.
Kenapa sebenarnya benda ni terjadi? Apakah faktor2 utamanya?
Jawapannya tak ada determination. Kalau dah tahu ada benda nak buat, pergi lah buat kan? Kau ingat ada orang lain nak tolong buatkan kerja kau tu? Mimpi pun tak tau!
Apanya yang aku buat dari tadi ni sebenarnya?
Tak ada apa pun. Serious!
Aku bukak fb pun sekejap sekejap. Tengok tengok gambar orang upload. Like status orang. Lepas tu biarkan je. Main game pulak la kejap. Kejap je pun. Lepas tu on call. Hah. Tu je. Apa lagi yang aku buat setakat berbaring baring je.
Adoo tak paham la!
Kadang kadang kecewa dengan diri sendiri. :(
Da tak cukup masa. Tensyen! Nak tido la macam ni!
*Tensyen = tido. Boleh selesai masalah ke kalau macam tu?
No comments:
Post a Comment