Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Motiffffff~ Raya pun belummm~ Hehehe :P
Okeh! Cuba tengok ni kawan-kawan~
Haa. Kenal? Kenal? Inilah dia P E L I T A B U L U H ! :D *jakunnn
Selama dah bertahun aku hidup ni, selama aku ingat, tak pernah sekali pun rumah aku berpelita buluh ini ketika raya menjelma tiba.
Selalunya pelita biasa tu jelah. Tak pun sekarang dah upgrade sikit pakai yang berbatang buluh berceracak tu.
kiri : pelita biasa . pelita upgrade : kanan |
Maka dengan itu tahun ni aku berazam nak buat jugak pelita buluh ni! Sungguh! *Dengan meminta bantuan Abah, abang abang dan adik lelakiku~
Setelah di google, maka inilah ringkasan karangan yang telah aku buat mengenai Cara-Cara Membuat Pelita Buluh.
Bahan-Bahan A *macam nak buat kuih pulak~
1. Buluh
2. Pahat/Drill/Pisau/Parang/Screwdriver
3. Sumbu/Kain mop lantai/Kain buruk
4. Minyak Diesel/Minyak Tanah
5. Pemegang sumbu/Tin aluminium
Cara-Cara Membuatnya *bahan-bahan B tak ada. Hehehe
1. Potong Buluh ikut suka panjangnya. Dalam 6 7 ruas da cukup comel.
2. Bersihkan buluh. Buang semua miang. Karang ada pulak yang menggatal. :P
3. Tebuk lubang di tengah tengah setiap ruas buluh. Guna apa apa sahaja alat yang boleh menyenangkan kerja anda. Eg: Pahat/Drill/Pisau/Parang/Screwdriver. Hati-hati jangan sampai buluh pecah dan lubang jangan besar sangat. Cukup comel muat muat untuk sumbat pemegang sumbu.
4. Celupkan dulu sumbu ke dalam minyak diesel/minyak tanah supaya senang nanti nak bakar. Atau boleh juga gunakan kain mop lantai atau kain buruk. Biar panjang sedikit, nanti lamalah pelita bertahan.
5. Tuang minyak diesel/minyak tanah ke dalam setiap ruas buluh ikut lubang yang dah ditebuk tadi.
6. Masukkan sumbu ke dalam pemegang sumbu ATAU gantikan pemegang sumbu dengan tin aluminium. Caranya potong tin aluminium dengan saiz yang bersesuaian seperti saiz pemegang sumbu. Kemudian gulungkan tin aluminium tersebut.
7. Masukkan pemegang sumbu yang telah disumbatkan dengan sumbu ke dalam lubang buluh. Biarkan hujung bawah sumbu tenggelam dalam minyak yang telah diisikan di dalam buluh tadi. *macam berbelit pulak ayat aku.paham tak?
8. Untuk buat kaki pelita tu, sapa2 yang pandai buat gadjet masa sekolah dulu mesti dia tahu. Hehehe. Alaa lepas dah siap pelita tu mesti automatik korang akan tahu punya macam mana nak dirikan dia. :)
9. Jangan lupa basuh tangan. Takut kuman~
10. Nyalakan la pelita. Apa guna dah penat penat buat kan? :D
Selamat mencuba!
Ohohoi! Riang ria raya telah terasa meskipun ramadhan belum menjelma. Hehehe
::: Nanti cuti aku nak buat pelita buluh ni! Semangat semangat! Abah sila tolong. :D

No comments:
Post a Comment