Friday, 22 June 2012

Test Dewan Sardin

Assalamualaikum. Pagi! :)

Alhamdulillah sudah settle semua assignment dan presentation untuk semester ini. Lega. 

Tinggal nak menghadap test pulak. Esok ada dua je. Marcom n ENT. Masa? Petang n malam. Aku pun tatahu bila aku nak study nya. Hahaha. -..-''

Tadi test Channel. 

Korang tahu apa yang jadi? Pernah tengok bagaimana rupa sardin disumbat ke dalam tinnya? Bagus. Jadi anda boleh bayangkan bagaimana keadaan dewan itu. 

ini bukan gambar sebenar

Bukan dewan pun lah! Bilik kuliah je. -..-''

 Aku tak tahu lah kapasiti dia, tapi bilik tu tak adalah besar mana pun. Selalu kalau masuk 2 kelas pun dah tinggal sikit seat yang kosong. Ni tadi lecturer letak EMPAT kelas dalam tu!

Hey tak paham!

Kitorang duduk bersempit sempit tadi. 2 meja kongsi 3 orang. Naseb baik tak kongsi kerusi. 

Aku rasa kalau ada yang bawak toyol memang sape pun tak sedar. Huhuhu.

Bagaimana pun test berjaya di jalankan dengan jayanya lepas lecturer ugut siapa yang meniru akan blank masa final blablabla. Hahaha.

Tu benda biasa kat sini. Kadang kadang lecturer sampai suruh student angkat ikrar tanak meniru, kalau tiru saya akan jadi sekian sekian sekian. Hahaha.

Tapi sumpah lecturer ni jangan dibawak main main. Karang tak berkat ilmu yang dia ajar baru padan muka. Samalah macam cikgu masa kita sekolah dulu dulu. :)

Kalau sapa yang prepare untuk test memang akan rasa bengang gila lah sebab duduk dekat dekat, member sebelah senang je nak menjeling jeling meniru jawapan. Hahaha.

Tapi pada sesiapa yang memang haram tak prepare tu, mungkin buat sujud syukur kot. Boleh la meniru kan. Bawak toyol ke, tiru jawapan member sebelah ke.. Hehehe.

Aku? Hehehe.

Ae aku prepare lah! Cuma soalan test tu out of silibus yang aku baca~ *dah kau baca tak abis memanglah out of silibus. -..-''

Ini sardin roll. Lapar. Sekian. -..-''

Wish me luck for the next two tests. Selamat malam! Assalamualaikum. ^^

Monday, 18 June 2012

Many VS None

Assalamualaikum. Pagi. 

Yee. Bukan aku baru bangon tido, tetapi belum lagi tido. Huhuhu. 

Sebenarnya aku banyak kerja ni. Tapi entah kenapa berat pulak tangan, hati, mata nak buat semua tu. Aeh mata tak berat. Ni berjaga lagi ni. Hehehe

Dari pukul 8 lebih tadi aku nak lipat baju. Aku dah dok elok letak sebelah aku ni hah. Sampai sekarang pukul 2.41 pagi dah, macam tu jugak keadaannya. -..-''

Nak study la esok ada ME game yang membunuh itu, dan ada MR test 2. Harapannn~ Begini juga aku. Buku masih di rak tidak terusik. 

Tengah tengah bersantai lapar pula. Niat di hati hendak masak megi. Aeh kejap lagilah. Boleh tahan lagi ni. Sampai saat ini aku dah nak pengsan dah~ Masaknye tak jugak. *pengsan.tapi boleh online.^^

Tetiba teringat pulak aku nak kena hantar Marcom report selasa ni. Part aku tak siap lagi. Hadoilahaii~ Tapi macam tu la jugak. Words terbukak. Tapi minimize. Yang terpampang? FB.

Kenapa sebenarnya benda ni terjadi? Apakah faktor2 utamanya?

Jawapannya tak ada determination. Kalau dah tahu ada benda nak buat, pergi lah buat kan? Kau ingat ada orang lain nak tolong buatkan kerja kau tu? Mimpi pun tak tau!

Apanya yang aku buat dari tadi ni sebenarnya?

Tak ada apa pun. Serious! 

Aku bukak fb pun sekejap sekejap. Tengok tengok gambar orang upload. Like status orang. Lepas tu biarkan je. Main game pulak la kejap. Kejap je pun. Lepas tu on call. Hah. Tu je. Apa lagi yang aku buat setakat berbaring baring je. 

Adoo tak paham la!

Kadang kadang kecewa dengan diri sendiri. :(

Da tak cukup masa. Tensyen! Nak tido la macam ni! 


*Tensyen = tido. Boleh selesai masalah ke kalau macam tu?

Saturday, 16 June 2012

Nervous? Anxiety Disorder? -..-"

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Jam menunjukkan angka 03:04 AM dan aku masih di sini menahan mata tanpa berbuat apa apa sekadar untuk mengonlinekan diri.

Sedang aku sibuk sibuk menyibukkan diri mengoogle itu dan ini, tiba tiba aku teringat kejadian yang kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini.

Di mana setiap kali apabila presentation bakal berlansung, aku akan terasa loya dan mual seperti orang mengandung lagaknya.

Maka aku bertanya kepada rakan rakan adakah mereka mengalami simptom simptom yang sama seperti aku juga.

Maka berkata para sahabat sekalian : "Tidak. Aku cuma rasa hendak membuang sahaja" 

Ciss! Spoil! -..-'

Hahaha! Aku tak tahulah aku ni kategori pelik ke unik ke one in a million ke kann. Tapi seriously, setiap kali aku rasa nervous, tak kiralah masa presentation di hadapan kelas atau semasa mempengerusikan majlis, aku mesti rasa loya macam nak muntah.

Padahal, berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas rakan rakan sekelas sebagai sampling population, rata rata mereka tidak memiliki perasaan yang sama seperti aku. Jadi, adakah aku pelik? Atau istimewa mungkin? ;)

Setakat yang aku tahu, ini adalah kesan kesan nervous yang melampau. Bila nervous je rasa loya. Bila nervous je rasa nak muntah. Tapi Alhamdulilla setakat ni tak pernah pulak aku termuntah betul betul bila nervous. Hehehe. 

Jadi sebagai kaki Google yang tegar, aku telah menggagahkan tangan, mata dan otak mencari sedikit sebanyak maklumat tentang perkara kurang normal ini. 

Berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai, maka aku mengklasifikasikan perkara ini sebagai  "Anxiety Disorder"  :) *Yakin je..

TAPI

"Anxiety Disorder" ni ialah ketakutan dan kebimbangan melampau, kadang kadang pada perkara yang tak sepatutnya pun. Well, aku mengaku memanglah aku ada banyak ketakutan dalam hidup, tapi tak la seteruk itu kott? -..-''

Orang yang ada "Anxiety Disorder" ni dia selalunya seorang yang cepat tersinggung, mudah marah dam senang mengalami depression/kemurungan. Aku macam tu jugak kan? Erkk? 

Pesakit akan merasa sesak nafas, rasa macam nak pitam/pengsan dan berpeluh peluh serta rasa nak muntah. Haa. Aku rasa nak muntah je. Gejala gejala yang lain tak adaaa ~.~

Tapi part yang paling menakutkan kalau perkara yang aku alami ni betul betul "Anxiety Disorder" ialah orang yang ada penyakit ni dia selalu mengalami delusi, ilusi, fantasi dan seperti dikejar sesuatu yang tak pasti! Adoii la haii. Ape pulak yang tak pasti tuu. -..-" 

Tapi aku rasa, rasa loya, nak muntah kalau nervous tu perkara biasa kot? Yalah. Lain orang lain ragam. Bila dah semua orang bila nervous je rasa macam nak membuangkan? So bosan, jadi sistem badan aku tukarlah jadi rasa loya nak muntah? Haa. Relevan? Relevan? Haruslah! ^^



p/s : Takkan lah aku ada  "Anxiety Disorder" kot? Tak seteruk tu kan? *Sedapkan hati -,-


Monday, 4 June 2012

Pelita Buluh


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Motiffffff~ Raya pun belummm~ Hehehe :P

Okeh! Cuba tengok ni kawan-kawan~



Haa. Kenal? Kenal? Inilah dia P E L I T A B U L U H ! :D  *jakunnn

Selama dah bertahun aku hidup ni, selama aku ingat, tak pernah sekali pun rumah aku berpelita buluh ini ketika raya menjelma tiba.

Selalunya pelita biasa tu jelah. Tak pun sekarang dah upgrade sikit pakai yang berbatang buluh berceracak tu.

kiri : pelita biasa . pelita upgrade : kanan

Tapi setiap tahun aku mengidam nak beraya dengan rumah aku dihiasi pelita buluh seperti yang di atas tu. Bukan atas ni, atas lagi satu gambar. Hee

Maka dengan itu tahun ni aku berazam nak buat jugak pelita buluh ni! Sungguh! *Dengan meminta bantuan Abah, abang abang dan adik lelakiku~

Setelah di google, maka inilah ringkasan karangan yang telah aku buat mengenai Cara-Cara Membuat Pelita Buluh.

Bahan-Bahan A *macam nak buat kuih pulak~


1. Buluh
2. Pahat/Drill/Pisau/Parang/Screwdriver
3. Sumbu/Kain mop lantai/Kain buruk
4. Minyak Diesel/Minyak Tanah
5. Pemegang sumbu/Tin aluminium

Cara-Cara Membuatnya *bahan-bahan B tak ada. Hehehe


1. Potong Buluh ikut suka panjangnya. Dalam 6 7 ruas da cukup comel. 
2. Bersihkan buluh. Buang semua miang. Karang ada pulak yang menggatal. :P
3. Tebuk lubang di tengah tengah setiap ruas buluh. Guna apa apa sahaja alat yang boleh menyenangkan kerja anda. Eg: Pahat/Drill/Pisau/Parang/Screwdriver. Hati-hati jangan sampai buluh pecah dan lubang jangan besar sangat. Cukup comel muat muat untuk sumbat pemegang sumbu.
4. Celupkan dulu sumbu ke dalam minyak diesel/minyak tanah supaya senang nanti nak bakar. Atau boleh juga gunakan kain mop lantai atau kain buruk. Biar panjang sedikit, nanti lamalah pelita bertahan.
5. Tuang minyak diesel/minyak tanah ke dalam setiap ruas buluh ikut lubang yang dah ditebuk tadi. 
6. Masukkan sumbu ke dalam pemegang sumbu ATAU gantikan pemegang sumbu dengan tin aluminium. Caranya potong tin aluminium dengan saiz yang bersesuaian seperti saiz pemegang sumbu. Kemudian gulungkan tin aluminium tersebut.
7. Masukkan pemegang sumbu yang telah disumbatkan dengan sumbu ke dalam lubang buluh. Biarkan hujung bawah sumbu tenggelam dalam minyak yang telah diisikan di dalam buluh tadi. *macam berbelit pulak ayat aku.paham tak?
8. Untuk buat kaki pelita tu, sapa2 yang pandai buat gadjet masa sekolah dulu mesti dia tahu. Hehehe. Alaa lepas dah siap pelita tu mesti automatik korang akan tahu punya macam mana nak dirikan dia. :)
9. Jangan lupa basuh tangan. Takut kuman~ 
10. Nyalakan la pelita. Apa guna dah penat penat buat kan? :D

Selamat mencuba!

Ohohoi! Riang ria raya telah terasa meskipun ramadhan belum menjelma. Hehehe

::: Nanti cuti aku nak buat pelita buluh ni! Semangat semangat! Abah sila tolong. :D


Saturday, 2 June 2012

The Worst

I cried. I did.
That was the worst that ever happen to us. I thought i wouldn't have any chance to say 'Happy Anniversary' to him. Ever.
For the first time- for the first time i think its better for me to stop- to let go.
And i did.
And there was no answer for him.
And i thought this is the end.
I think about all he had done for me, i remember all the moment we spend together, the laughs, the tears. I didn't really wanna let him go in the first place. But since he keeps silent, i thought he do really wanna let me go. So i cried. Again.
And i cried in the car. Listening to radio. Reading his messages. Looking at his face on my screen. Everything was gloom and doom.
I thought the birds are crying too.

Suddenly the sun shines again :)
Nothing so clear but enough for me to know that love is still there. Love holds us together. And we know we can still fix it.
All what had happened teach us to be more understanding. There will always be a lesson behind what has been fated.
If we are meant to be together, pray for the best, let ALLAH do the rest. No one knows better than Him :)

Thank you ALLAH :)

Thank you Sayang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...